Wednesday, July 1, 2009

Kelantan akan seragamkan mas kahwin

KOTA BAHARU: Kelantan akan menyeragam pemberian mas kahwin di seluruh negeri bagi mengatasi fenomena berkahwin lambat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) berkata antara kaedah penyeragaman itu adalah mengenakan kadar mas kahwin yang rendah dan tidak membebankan bakal pengantin.



"Kerajaan akan buat kajian terperinci dan ketika ini juga memang kerajaan menggalakkan keluarga bakal pengantin di Kelantan agar mengenakan kadar mas kahwin yang rendah," katanya ketika menjawab soalan Abdullah Ya'kub (PASAir Lanas) di hari ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Dewan juga gamat apabila Hassan Mohamood (PAS-Tawang) meminta agar pemimpin kerajaan negeri dahulu yang mempelopori pemberian mas kahwin murah itu kerana sebelum ini ada pemimpin yang menetapkan kadar yang tinggi.

Wan Ubaidah berkata sewajarnya semua pihak mengikut contoh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menetapkann kadar mas kahwin hanya RM1,000 untuk anak-anaknya.BERNAMA

Sumber: mstar

No comments:

Post a Comment